KUALA LUMPUR: Enam belas Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim hari ini.
Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman.
Pelantikan Abdul Nasir dan Musoddak merupakan pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkuat kuasa hari ini, sementara Lingeshwaran dan Amir Ghazali pilihan DUN Pulau Pinang berkuat kuasa pada 7 Mac lepas manakala Anifah mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong mewakili Wilayah Persekutuan (WP) Labuan bermula hari ini.
Antara Ahli Dewan Negara lain yang mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini ialah Isaiah D Jacob mewakili WP Kuala Lumpur dan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Tan Sri Low Kian Chuan.
Selain itu, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, Datuk Sivaraj Chandran, Mohd Hasbie Muda, Abun Sui Anyit, Noorita Sual dan Roderick Wong Siew Lead.
Sementara itu, Manolan Mohamad merupakan Ahli Dewan Negara lantikan semula oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini manakala Presiden Yayasan Amal Malaysia Hussin Ismail merupakan pilihan DUN Terengganu mewakili negeri itu bermula 15 Mac lepas.
Kesemua mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara.
Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan 16 Ahli Dewan Negara itu menyeru setiap Ahli Dewan Negara yang dilantik agar memainkan peranan dan menggembleng tenaga dalam menyemarakkan Rukun Negara selain patuh dengan Perlembagaan negara.
"Mari kita bersama mengorak langkah dan mencari jalan serta menaut persahabatan dan keyakinan bahawa inilah Dewan tertinggi negara kita... kita jangan takut, khuatir dan berbelah bahagi untuk menegakkan kebenaran.
"...dan meneliti segala kuasa segala yang dicatat menerusi Dewan Rakyat ataupun menerusi dewan ini sendiri dengan itu insyaAllah kita akan terserlah sebagai anggota Dewan Negara yang baharu dan boleh kita banggakan untuk kita capai tahap yang lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, Awang ketika ditemui selepas upacara angkat sumpah berkata beliau akan berusaha untuk meningkatkan martabat bahasa dan budaya selain mengharapkan respons yang positif daripada wakil rakyat dan kerajaan mengenai perkara berkenaan.
"Ini (pelantikan) adalah pengiktirafan kepada semua pejuang bahasa, pejuang pendidikan dan budaya saya cuma menyuarakan perjuangan kami bersama.
"Saya berharap suara saya ini akan mewakili rakan-rakan lain dan dapat diberi perhatian oleh pihak pemerintah dan semua pihak berkuasa agar soal bahasa dan budaya penting diberi perhatian supaya kita dapat membangunkan negara secara holistik, secara bersepadu seperti negara-negara maju yang lain," katanya.
Anifah, bekas Menteri Luar dalam satu kenyataan hari ini menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas sokongan dan kepercayaan mereka dalam mengesyorkan dan melantik beliau sebagai senator.
Beliau komited untuk menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang serta sedia menyumbang kepada perbincangan dan perbahasan bermakna yang akan membentuk masa depan Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya di persada global.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Rais Yatim (sembilan, kiri) bergambar kenangan bersama 16 Senator yang baharu selepas selesai majlis mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) di Parlimen hari ini. -fotoBERNAMA
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Ahli Parlimen, Senator harus beri contoh terbaik jaga sensitiviti 3R
Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara harus sentiasa memberi contoh terbaik kepada rakyat dalam menjaga keharmonian perpaduan dan menjaga kesensitifan berkait dengan 3R (bangsa, agama dan institusi Dira
Senator Mohd Hasbie akan anjur meja bulat pemimpin muda serantau
Senator Mohd Hasbie akan menggembleng pemimpin muda serantau dalam perbincangan meja bulat yuntuk membahaskan penglibatan di badan legislatif, pentadbiran awam dan isu golongan muda.
Senator dilantik menteri perlu jadi juara terbaik tegakkan institusi Dewan Negara - Wan Junaidi
Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.
Rombakan Kabinet: Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Negara dijadualkan pada Selasa
Satu majlis mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara dijadual berlangsung pada pagi Selasa.
Tugas Ahli Dewan Negara sama berat dengan ahli Parlimen - Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menyifatkan tugas sebagai Ahli Dewan Negara sama berat dengan Ahli Parlimen yang pernah disandangnya sebelum ini.
Kuota Ahli Dewan Negara boleh ditambah - Wan Junaidi
Kerajaan boleh menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri daripada dua orang kepada tiga orang, jika terdapat keperluan.
Sidang DUN Perak: Mujahid dipilih Senator
Naib Presiden Amanah Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada Khamis.
38 Senator ambil bahagian bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Seramai 38 Ahli Dewan Negara mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lepas di Dewan Negara.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Ahli politik antara dilarang mengajar, bersyarah di masjid, surau di Perak
Larangan itu turut terpakai terhadap mereka yang telah bersara daripada jawatan-jawatan itu tetapi masih aktif dengan kegiatan politik.